Daerah
Petaling terletak di tengah-tengah Lembah Klang iaitu bersempadankan Daerah
Hulu Selangor di bahagaian Utara, Daerah Klang di bahagian Barat, Daerah Gombak
dibahagian Timur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bahagian Tenggara, serta
Daerah sepang dan daerah Hulu Langat di bahagian Selatan.
Daerah
Petaling juga merupakan sebuah daerah yang termaju di Negeri Selangor. Daerah
Petaling ini ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Daerah ini terletak di
tengah-tengah Lembah Klang. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan
status Bandaraya.
Daerah
Petaling mempunyai keluasan kawasan
sejumlah 484.32 km². Petaling Jaya yang merupakan bandar utama
mempunyai keluasan kawasan 97.2 km² dan merupakan Bandar terbesar di antara
bandar-bandar di Negeri Selangor. Menurut banci 2005, penduduk Daerah Petaling
ialah 1,418,700 orang dengan kepadatan 2929.3/km².
Menurut
cerita, pada masa lalu terdapat banyak pokok 'petaling' di kawasan ini. Oleh
kerana banyaknya pokok petaling yang tumbuh, maka tempat itu pun dinamakan
Petaling. Walau bagaimanapun, pada masa kini pokok petaling ini sudah pupus dan
sukar didapati lagi.
Petempatan
di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah.
Peneroka-peneroka awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek unutk berkembang
walaupun pada masa itu kawasan ini masih dipenuhi hutan belantara. Kawasan
Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini di jalankan dikenali
sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang
Jaya dan Puchong.
Perkembangan
aktiviti perlombongan bijih timah ini telah menarik perhatian banyak pedagang
yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong bijih ini. Para
pedagang pun mula membina kedai-kedai mereka di Kuala Sungai klang dan Sungai
Gombak. Perkembangan aktiviti perlombongan telah memberikan impak yang besar
kepada pertumbuhan dan pembangunan Daerah Petaling.
Pada 1
Februari 1972, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan ibu negeri Selangor
telah dipisahkan dari Selangor dan bandar ini kemudiannya membentuk Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Kesan daripada pemisahan ini, Daerah Petaling merangkumi kawasan-kawasan
yang disusun semula seperti berikut:
Sebahagian Mukim Bukit Raja
- Peralihan daripada Daerah Klang.
Sebahagian Mukim Damansara
- Peralihan daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pada masa
kini, daerah ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali dan keadaan ini
menyebabkan pentadbiran dan pemantauan keperluan awam di daerah ini telah
dibahagi dan diagihkan kepada 3 kawasan Majlis Perbandaran, masing-masing ialah
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Permanently Graded Steel Rods - Titanium Rods
BalasPadamTitanium rod titanium muzzle brake designs. This classic quality metal rod is designed to be used to enhance corrosion titanium 4000 resistant rods, while adding titanium tools lighter weight and $95.95 · Out aftershokz titanium of stock titanium bong